Pengangkutan Udara | Projek lapangan terbang baharu Lawas mula tahun depan

2022-11-09 0

Projek pembinaan lapangan terbang baharu Lawas bernilai RM600 juta akan bermula awal tahun depan untuk fasa pertama melibatkan landasan sepanjang 1,800 meter.

Pembinaan ini akan memperkasakan perhubungan pengangkutan udara di kawasan utara Sarawak selain disokong projek Lebuhraya Pesisir Utara termasuk Sabah-Sarawak Link Road (SSLR).